BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 26 Julai 2009

ECPI GTH BUKAN SEKADAR MINUMAN





Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@ metro.com.my

Air minuman ECPI keluaran Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna, apatah lagi keberkesanannya sudah terbukti.


Namun, pengguna hari ini mempunyai pilihan untuk melihat kesan lebih menakjubkan kerana produk berkenaan boleh diggunakan bersama dua lagi produk iaitu ECPI GTH dan ECPI ANGGUN.


Pengurus pemasaran, Kamsani Saidin, berkata jika selama ini pengguna hanya mengenali ECPI sebagai minuman kesihatan, namun ia boleh dilengkapi dengan penggunaan ECPI GTH yang digunakan bersama air minuman ECPI.


“ECPI GTH perlu digunakan dengan air minuman ECPI kerana kesannya lebih menakjubkan. Empat hingga 13 titik diperlukan untuk minuman tiga kali sehari,” katanya.
Menurutnya, setiap individu mempunyai tahap keperluan berbeza dan ia juga bergantung kepada tahap kesihatan mereka.


“Jika pengguna berkenaan mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis, mereka perlu menggunakan lebih banyak ECPI GTH dan air minuman ECPI juga perlu diminum dua botol setiap hari.” Katanya.


Bagaimanapun, katanya, jika individu tidak mempunyai masalah kesihatan, sebaliknya mengambil minuman berkenaan untuk tujuan memudahkan pelawasan, setiap hari hanya memerlukan satu botol air minuman bersama empat titik ECPI GTH.


“ECPI GTH bukan sekadar makanan tambahan biasa sebaliknya mempunyai pelbagai khasiat yang sudah digabungkan menggunakan kaedah saintifik.


“Ia kombinasi revolusi pemakanan terbaik dunia dan mengandungi 1,732 gelombang elektromagnetik, malah turut memiliki khasiat pelbagai herba, antioksida dan vitamin,” katanya.


Menurutnya, khasiat produk itu mampu merawat pelbagai penyakit termasuk angin ahmar. Alergi, gout, cirit-birit, masalah haid serta daraah tinggi.


“Ramai pengguna berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan, malahan sekiranya baru mencuba pengguna tidak perlu bimbang kerana ia tidak meninggalkan kesaan sampingan dan berkesan dalam masa 15 minit,” katanya.


Air minuman ECPI seperti air minuman biasa, namun molekulnya lebih halus kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikannya tidak seperti air minuman biasa.


ECPI GTH pula melengkapkan penggunaannya dan kesannya boleh dilihat dalam masa terdekat kerana ia berfungsi secara semula jadi,” katanya.


Dalam pada itu, Kamsani berkata, menyedari kecantikan turut menjadi perkara yang mendapat keutamaan setiap individu, syarikatnya turut mengeluarkan produk kecantikan yang terkandung dalam satu produk, malahan mengandungi pelbagai vitamin yang dihasilkan daripada gelombang tenaga bahan perawatan dan penjagaan kecantikan.


“ECPI ANGGUN bukan sekadar produk kosmetik biasa kerana ia berfungsi sebagai pembersih muka, skrub, pelembab, penyegar serta bedak asas.


“Ia juga boleh membantu merawat masalah jerawat, panau, jeragat, kedutan serta menegangkan kulit,”katanya.


Menurutnya, produk berkenaan sesuai digunakan wanita yang memiliki gaya hidup agak sibuk dan penggunaan ECPI ANGGUN akan menjimatkan masa.


“Tidak seperti kebanyakan produk lain yang memerlukan botol berbeza untuk fungsi berlainan, ECPI ANGGUN mampu menjalankan pelbagai tugas tetapi hanya dengan kandungan dalam satu botol,” katanya.


Istimewanya produk ini 100 peratus semula jadi dan diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia.


“Bahan ini sangat penting kerana ia boleh digunakan semua jenis kulit dan pengguna tidak perlu risau mengenai kesan sampingan kerana ia terdiri daripada bahan semula jadi tanpa campuran bahan kimia,” katanya.


Sebarang maklumat mengenai produk ECPI hubungi 03-41058811 atau layari laman web www.ecpiwater.com